Cari Blog Ini

19 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

TARIKH : 18 MEI 2015
MASA     : 8 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK SJQ 2015.
SELAMAT HARI GURU.
GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Kerja muafakat membawa berkat,
Hasilnya pasti memuskan hati,
Kepada semua yang sudah terlibat,
Jutaan terima kasih seikhlas hati.

Wahai warga St James Quop,
Sahutlah cabaran penuh tekat,
Kejayaan pasti didakap,
Andai kita memperoleh berkat.

- nukilan Cikgu Sayani Binti Ahmat Sahari


Klik  DI SINI untuk koleksi gambar.

10 Mei 2015

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU JILENG ANJURAN PIBG

TARIKH : 9 MEI 2015 (SABTU)
MASA     : 4 PETANG
TEMPAT : LOBI PRA SEKOLAH

MAJLIS SERBA RINGKAS TAPI CUKUP BERMAKNA SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH PIBG DAN SEKOLAH DI ATAS SUMBANGAN CIKGU JILENG SELAMA BERKHIDMAT DI SJQ. DIHARAP CIKGU JILENG AKAN SENTIASA CEMERLANG DI SEKOLAH BARU DAN TIDAK AKAN MELUPAKAN WARGA SJQ.
 

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1/2015

TARIKH : 9 MEI 2015 ( SABTU)
MASA     : 9 PAGI

SASARAN : SEMUA IBU BAPA DAN WARGA SEKOLAH
SASARAN TEMPAT : BLOK PRA SEKOLAH DAN TAHAP SATU ,
                                       PEREKITARAN SEKOLAH.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA DARIPADA SEMUA YANG TERLIBAT UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG SIRI 1/2015 . SEMOGA KERJASAMA SEBEGINI AKAN DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG KE ARAH KEMAJUAN SK ST JAMES QUOP.

6 Mei 2015

PROGRAM KESIHATAN ( MEMBERUS GIGI )

PROGRAM MEMBERUS GIGI MURID DENGAN USAHA SAMA PEGAWAI KESIHATAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID-MURID TENTANG KEPENTINGAN KEBERSIHAN DIRI . SELAIN ITU MURID-MURID DIBERI TUNJUK CARA MEMBERUS GIGI YANG BETUL UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

MURID BERSIH. MURID SIHAT. MURID CEMERLANG
 
 
 
 
 
 
 

3 Mei 2015

MAJLIS MAKAN MALAM PIBG SJQ 2015

TARIKH : 1 MEI 2015
HARI      : JUMAAT
TEMPAT : HUNCO RESTAURANT


Majlis Makan Malam Fund Raising Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St James Quop telah dijalankan di Restoran Hunco. Majlis berjaya mengutip dana yang seterusnya akan digunakan ole PIBG dan sekolah untuk program peningkatan kurikulum, penambahbaikan infrastruktur sekolah program-program sekolah yang lain. Sekalung tahniah kepada semua warga SK St James Quop dan sequa phial yang bersama menjayakan program ini.

Klik di SINI untuk koleksi gambar.