Cari Blog Ini

10 Mei 2018

MAKLUMAN


(Sumber : astroawani.com)
KUALA LUMPUR: Hari Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei 2018) diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei 2018) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, menerusi akaun Twitter rasminya.

Pengumuman cuti umum pada 10 & 11 Mei serta 13 Mei (bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kele
pasan mingguan).
Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan